SOALAN RAMALAN PENGAJIAN AM 2010

Ramai pelajar yang menghantar email dan pesanan melalui facebook cikgu yang bertanyakan tentang Soalan Ramalan Pengajian Am 2010. Cikgu akan cuba mengumpul soalan ramalan tahun 2010 untuk kemudahan anda semua. Selamat belajar.

Tuesday, July 6, 2010

SOALAN LARAS SAINS

Malaysia telah melancarkan lima buah satelit iaitu MEASAT1, MEASAT2, MEASAT3, TIUNGSAT dan RAZAKSAT ke angkasa lepas beberapa tahun yang lalu. Jelaskan tujuan dan kesannya kepada pembangunan negara.

SOALAN RAMALAN LARAS SAINS

Tema : Teknologi Aeroangkasa dan Teknologi Satelit

1. Penyelidikan Angkasa Lepas atau Aeroangkasa telah membawa kepada pelbagai penemuan baru. Penemuan-penemuan baru ini membolehkan manusia sejagat hidup dalam keselesaan. Huraikan kepentingan penyelidikan angkasa lepas dalam konteks kehidupan manusia sejagat.

Wednesday, April 28, 2010

SOALAN RAMALAN LARAS SASTERA

Apakah anda faham dengan istilah “ekonomi hijau” yang menjadi asas tema Hari Alam Sekitar Sedunia 2010? Bincangkan